New Releases

Sebuah koleksi eksklusif 100 Tahun

Mengupas 100 Pesan Tun, buku ini menawarkan panduan strategik untuk membangunkan Ummah agar kembali unggul. Melalui wawasan hidup rabbani, kecerdasan pelbagai dimensi, serta pembinaan jati diri yang kukuh, generasi muda perlu dipersiapkan menghadapi cabaran moden seperti keruntuhan moral, kedangkalan pemikiran, dan kelemahan spiritual.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pembangunan bangsa dan agama, sebahagian daripada hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada NGO Negarawati—sebuah pertubuhan yang aktif memperkasakan wanita sebagai tonggak perubahan, serta memainkan peranan penting dalam usaha membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sikap & Kepimpinan

JILID 01

Menelusuri falsafah kepimpinan berwibawa dan pemikiran strategik untuk membina bangsa yang progresif.

Keagamaan

JILID 02

Mengupas aspek tauhid, akhlak, dan tasawur Islam sebagai teras kehidupan. Jilid ini merupakan jantung bagi kupasan fasal-fasal yang terkandung dalam siri ini.

Kesihatan & Kekeluargaan

JILID 03

Menampilkan panduan kehidupan seimbang dari sudut kesihatan fizikal, mental, dan kesejahteraan keluarga demi membina generasi yang kuat dan berdaya tahan.

Koleksi Khas 100 Tahun Tun :
Kotak Eksklusif

Sebuah koleksi pedoman 100 tahun yang menyimpan lebih daripada sekadar helaian kertas.

Koleksi Khas 100 Tahun Tun ini merangkumi buku 100 Pesan Tun, sepucuk surat menyentuh jiwa yang ditulis khas oleh Tun, serta penanda buku eksklusif – simbol perjalanan ilmu dan perjuangan. Dihasilkan sebagai penghormatan kepada satu abad pemikiran, nilai dan sumbangan yang tidak ternilai, koleksi ini adalah hadiah buat hati yang menghargai warisan dan kebijaksanaan. Terhad untuk mereka yang benar-benar menghargai sejarah dan ilham masa depan.

Di dalam kotak
3 Jilid 100 Tahun Tun + Sepucuk surat khas Tun Mahathir + Penanda Buku

Dapatkan naskah anda

Tempah melalui pembelian atas talian atau jumpa kami di lokasi berikut

SEPTEMBER 2025

Tempah sekarang buku 100 Pesanan Tun Mahathir: Membina Keluarga dan Bangsa hari ini. Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket acara serta sebarang pertanyaan.